Sunday, December 19, 2010

:: Kembara Ukhuwah ::

Bismillahirrahmanirrahim.....

Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan nikmat badan yang sihat untuk mengikuti program 'Kembara Ukhuwah'. Menarik dan sangat teruja dengan program ni. Tak pernah terfikir cabaran yang diberikan sangat mencabar...menguji tahap kesabaran, sejauh mana kerjasama antara pasukan dan juga kecerdasan minda.

Task 1: Mencari klu untuk kereta yang akan kami naiki...Kancil or Myvi???
Kami tidak diberitahu nombor plat kereta tapi _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ apekah???
Wargh! ni bkn nombor plat ni...apasal panjang sangat? takpe2...kita cari je dulu (walaupun tak tahu apa benda sebenarnya yang patut dicari) yang pasti klunya, kereta ada kat cf sis. Aik? apasal kat kereta ni ada nama sahabat-sahabat nabi? owh, agaknya ni la yang kitorang kena padankan dalam kotak-kotak kosong tu. ok, bukan kereta ni. Kami terus mencari. Ada seseorang memanggil "Weh korang!! Ni hah dah jumpa. ABU UBAIDAH AL-JARRAH." Finally! kereta Savvy rupanya.

Task 2: Mencari kunci kereta
Aiyoo..mane ni? Seluruh isi kereta kitorang dah cari tapi tak jumpa! Bawah lapik kaki, dalam dashboard, celah kusyen (ciap angkat kusyen bawah tu lagi) tapi tak de. "Weh sume dah pegi la..." ada seseorang dari ahli kumpulan berkata. Nampaknya kitorang orang paling last keluar dari UIA. Tak boleh jadi. Ok, call tuan punya kereta (kitorang tahu siapa tuan kereta ni..hehe) "Tak semestinya dalam kereta, luar kereta pon boleh jadi" tuan kereta beri klu. Lah, lupa pulak nak cari kat bahagian luar kereta. Bawah tayar, dalam bonet, bawah kereta sampai terbaring-baring mencari kunci dan akhirnya belakang bumper rupanya! Banyaknya masa terbuang kat sini...agak down jugak la tengok kereta-kereta lain dah berlalu lebih 15 minit yang lalu...isk3

Task 3: Cari checkpoint 1
Dalam kereta tu pulak ada 1 kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Dengan berbekalkan 3 buah laptop, 3 broadband and setiap laptop perlu memiliki software Google Earth dan kami perlu memasukkan koordinat yang diberi dari kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Macam-macam jugak yang jadi. Ini la yang dikatakan cabaran, dugaan, ujian, rintangan dan apa-apa yang sewaktu dengannya...huhu. Broadband tak boleh connect! Salah satu laptop jem! tapi takpe..cool lagi time ni. naseb ada lagi 2 laptop. Ok, dah masuk koordinat...owh tanjung lumpur! Kitorang pon bergerak ke tempat berdasarkan peta iaitu Kg. Anak Air. Nak mencari Kg. Anak Air pon satu hal. Kitorang tanya orang sekeliling dan nasib ada sorang mak cik baik ni suruh follow dia pergi ke sana (Terima kasih mak cik) Then, kitorang pon sampai tapi mana klu seterusnya?? Apasal kawasan ni macam pelik semacam?? ok, call lifeline lagi. "Lifeline, kitorang dah sampai tanjung lumpur tapi nak cari klu kat mana?" "Eh, bukan situ patut korang pergi...patutnya ke terminal" Lifeline berkata. Kitorang cek semula koordinat.48 degree di skrin laptop dan 45 degree dalam kertas klu. Warghhhhhhhh! Salah koordinat rupanya! (time ni semua agak down sebab dah banyak sangat membazirkan masa dari task 1 sampai ke task 3 ni, sure diorang yang lain dah checkpoint ke berapa ntah)

Task 4: Cari klu sebenar di stadium
Kitorang pergi ke terminal berdasarkan lifeline cakap sebentar tadi. Kitorang dah naik atas terminal dah pon tapi tak tahu nak mencari kat mana. Yela...terminal tu bukannya kecik. ok, call lifeline lagi (rasanya kitorang paling banyak talipon lifeline). "Cuba tengok betol2 dalam map tu korang punya checkpoint seterusnya". Lahhhh, ni stadium la... (tak bajet plak lifeline takkan bagi tau klu tu direct..aiyya..) kitorang tawaf stadium dan mencari klu seterusnya. Finally, kat tiang ke4 baru jumpa klu. Kitorang pon memasukkan koordinat seterusnya dan bertolak ke destinasi yang dituju. "Weh korang ni ada task suruh tangkap gambar kat tempat checkpoint" Aiyya...not again! (p/s: baca klu betol2 sebelum bertolak) Kitorang patah balik ke tempat checkpoint tadi semata-mata untuk tangkap gambar. Dengan senyuman masing-masing yang sangat manis kitorang pon tangkap gambar. Snap!!!

Task 5: Ke Black Stone aka Batu Hitam
Perjalanan kali ini alhamdulillah lancar. Mula-mula tadi dah rasa nak give up. Rasa macam nak je patah balik uia...balik bilik tido and mimpi indah. Tapi semangat kawan2 yang sangat luar biasa memberi kekuatan diri ini meneruskan perjuangan yang belum selesai. "Takpe, kita main suka2 je...tak kesah menang kalah. Anggap kita pergi holiday, makan angin, jalan-jalan tengok tempat orang" masing-masing beri kata-kata positif untuk menyejukkan hati yang rasanya agak panas di awal perlumbaan. hehe...(am i rite??) Klu seterusnya di sideview of blackstone.

Task 6: Ke Teluk Mak Nik (1st time dengar hari tu)
Setelah koordinat di masukkan dan butang search ditekan dan Google Earth loading seketika dan......Teluk Mak Nik, Kemaman??? Biar betol...jauhnya...ok, tak puas hati. Cek koordinat lagi sekali (pengajaran dari kesilapan lepas) Betul dah ni...ok, tak puas hati lagi. Call lifeline. "Kitorang kena pergi Kemaman ke?  Macam jauh je ni" " Ye betol la tu..." Lifeline beri petunjuk. Perjalanan dirasakan sangat lama. Masa dirasakan berlalu sangat perlahan, kelajuan kereta dirasakan seperti kelajuan kura-kura berjalan. Sepanjang perjalanan kitorang asyik bercerita pengalaman kitorang sepanjang perjalanan tadi. Banyak juga pelajaran yang kami dapat dan kami muhasabah kembali kekurangan kami. Tidak lupa juga, sempat lagi kami bergurau, gelak-gelak dan makan snek (bekalan yang kami bawa). Time ni memang masing-masing kembali bersemangat walaupun tak mengharapkan kemenangan tapi yang penting keseronokan dalam berukhuwah dapat dirasai sepanjang kembara ini.

Thanks korang!! (Ala, Shikin Sapuan, Tikah & Faizah)

Task 7: Klu terakhir di Monica Bay aka Teluk Mak Nik
Wah, 3 kereta sampai ke checkpoint terakhir serentak! (jumlah semua 4 buah kereta...lagi 1 kereta kami sudah maklum telah lama sampai ke checkpoint) "Ada harapan dapat nombor 2 nih!" saya berkata dalam hati. Ahli kumpulan masing-masing yang dengan harapan mendapat tempat ke2 berlari-lari mencari klu seterusnya. Aku ternampak 1 pondok tak berpenghuni. Gerak hati aku kuat mengatakan klu seterusnya berada di situ (aku percaya dengan gerak hati aku) Got it!! Aku memanggil rakan-rakanku yang masih mencari dan kami berlima berlari sekuat hati (actually naik kereta...) ke tempat urusetia iaitu checkpoint terakhir Dan...can you belive it? We're in second place! (after all that happen along the journey) Benarlah, sesungguhnya rasa kebergantungan kepada Allah yang paling penting selepas usaha telah dicurahkan.

Syukur alhamdulillah. Memang tak expect nak dapat tempat kedua lepas semua yang jadi sepanjang perjalanan. Kami cuma ingin berseronok dan mendapatkan pengalaman tapi sesungguhnya lebih dari itu yang Allah telah kurniakan. Tahniah untuk pasukan ABU UBAIDAH AL-JARRAH!!! Pengalaman kembara ukhuwah ni sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan antara kami. Benarlah, manis berukhuwah hanya akan dapat dirasai oleh orang-orang beriman dan sesungguhnya hanya kuasa Allah yang dapat menyatukan hati-hati orang beriman. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut...=D

Saturday, December 11, 2010

Dari Saya Untuk Anda

Sedar2 buka blog dah 5 Muharram 1432 H rupanya. Lekanya dengan kedatangan dan kepergian bulan Islam. Malu rasanya...kenapa la dalam laptop, dekat handphone semua guna bulan Masihi. Sesiapa yang expert dalam bidang teknologi tolonglah cipta gadjet yang ada juga guna bulan Hijrah.Huhu..

Tajuk ini tidak ditujukan kepada orang tertentu melainkan kepada sesiapa yang sudi membaca entry ni...

Semakin kita dewasa semakin banyak ujian. Semakin banyak ujian semakin banyak benda fikir. Makin banyak benda fikir makin mematangkan diri. Tapi matang hanya bagi sesiapa yang dapat mengawal diri, menahan nafsu, berfikiran positif atas setiap perkara yang berlaku. Kalau setiap benda yang terjadi atas diri disusuli dengan kata-kata putus asa atau perbuatan menyalahkan takdir, itu bukan matang namanya! (even muka may be nampak matured...huhu)

Bila dah dewasa ni (21 tahun..dewasa la kan?) semakin saya menghayati setiap apa yang terjadi ada HIKMAH tersendiri. Ye..tajuk sebenar entry ni tentang HIKMAH. Suka untuk saya menceritakan pengalaman saya yang membuatkan saya lebih yakin dan bertambah-tambah yakin dengan setiap apa yang terjadi ke atas diri ini semuanya ada HIKMAH. Mungkin Allah tak tunjukkan hikmah tu sejurus selepas anda ditimpa ujian, mungkin HIKMAH tersingkap selepas bertahun-tahun lamanya....

*****


"Ya Allah, Tuhan Maha Berkuasa Maha Esa...Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, Tuhan yang Menguasai Arasy di langit...kepadaMu aku bermohon dan bersujud..aku mohon Ya Allah, berikanlah aku...sekian2...makbulkan doaku Ya Allah...daripadaMu aku datang kepadaMu aku kembali...amin..."

Sekian lama aku tak berputus asa mengucapkan doa ini seusai solat. Sudah bertahun-tahun juga aku masih mengharap termakbulnya doaku ini. Masih juga tidak terlihat jalan keluar dan tanda-tanda termakbulnya doaku ini. Aku masih bersabar. Cuma kadang-kadang aku terfikir kenapa doaku masih tidak dimakbulkan? Hum...mungkin ada silapku dimana-mana...

Suatu hari aku dan seorang sahabat entah macam mana terbicara tajuk mengenai DOA. Seorang sahabatku cakap sebaiknya kita berdoa kepada Allah supaya Allah berikan yang terbaik untuk kita. Tidak semestinya apa yang kita doakan dan kita harapkan adalah yang terbaik. Allah mungkin tidak memakbulkan doa kita sebab Allah nak berikan yang terbaik untuk kita. Jadi jangan cepat melatah kalau tak dapat apa yang kita hajatkan...(pesanan khas untuk saya...dan am untuk anda =D)

"Ya Allah, Tuhan Maha Berkuasa Maha Esa...Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, Tuhan yang Menguasai Arasy di langit...kepadaMu aku bermohon dan bersujud..aku mohon Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku, perkenankan lah...tetapi jika itu yang terbaik, aku redha...makbulkan doaku Ya Allah...daripadaMu aku datang kepadaMu aku kembali...amin..."

Selepas beberapa tahun berlalu, tersingkap segala rahsia apa yang telah terjadi atas diriku. Mungkin apa yang aku doakan tidak diperkenankan tetapi sesungguhnya Allah dah berikan yang JAUH LEBIH BAIK daripada yang aku minta! Bayangkan, bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun...umurku sudah 21 tahun jadi lebih daripada 10 tahun barulah tersingkap segala hikmah atas ujian yang Allah berikan. Aku bersyukur dan benar-benar telah belajar erti kesabaran....

Tajuk entry kali ni mungkin ringan sedikit tetapi cukuplah kiranya dapat dikongsi pengalaman ni bersama. Saya tak dapat ceritakan secara terperinci tentang pengalaman saya sebab agak peribadi untuk dikongsi di sini. Tetapi mungkin anda semua boleh memahami apa yang ingin saya sampaikan.

LEBIH BAIK berdoa semoga Allah memberikan yang TERBAIK untuk kita berbanding meminta apa yang kita mahu.

LEBIH BAIK berdoa semoga Allah berikan KEKUATAN menghadapi ujian berbanding dipermudahkan ujian. (saya terbaca dalam iluvislam tak silap..insyaAllah ujian yang Allah beri dalam kemampuan kita untuk menghadapinya)

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya...
Yang menimpakan ujian...
Yang menjadikan sakit hatimu...
Yang membuatkan keinginanmu terhalang...
Serta menyusahkan hidupmu...
Pasti damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu betapa deritanya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
Yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya..........

 damailah hatimu dalam rahmatNya

gambar selingan semata-mata =D


p/s: Apapun, semoga saya dan anda lebih tenang (di dalam hati mahupun pada riak wajah =D) menghadapi hari-hari mendatang yang sesungguhnya semakin mencabar. Selamat masuk sem baru! yeah...!(tunjuk semangat =)
Yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri.

Saturday, December 4, 2010

Hukum Karma??? (sound familiar.....)

Dialog ini tidak ada kaitan dengan sesiapa melainkan hanya direka oleh blogger untuk menggambarkan situasi semasa....

Ali: hari ni nasib aku terasa malang semacam je..
Abu: kenapenye??
Ali: xde la..tadi aku nak kuar g kedai tetbe aku tengok tayar basikal aku pancit dow..aku rasa ada orang sengaja anaiya aku ni..
Abu: ko dah siasat ke? ntah2 ko sniri yang langgar paku ke..tak baik tuduh2
Ali: dah la tu, bkn setakat tayar pancit. aku pon jalan kaki g kedai tetibe ada satu mamat bawak kete sengaja langgar lopak tepi jalan. padahal dia tak nampak ke aku kt tepi lopak tu. habis baju aku.naseb ada dinamo..
Abu: dia tak nampak kot
Ali: ko ni..ni sebab aku malas cite kt ko..ish, tapi aku rasa ni la orang kate HUKUM KARMA ye tak? sebenarnya aku pon pernah je buat benda2 tu..yela, balasan kat aku balik kot..

Selalu jugak dengar perkataan ni. Sebenarnya apa maksud hukum karma?
Saya pon tak de la tau sangat pasal hukum karma ni. Sebab tu ada jugak tanya pendapat kawan2 dan cuba gak search pasal hukum karma.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, jangan kita main2 dengan perkataan hukum karma. Tiada dalam Islam istilah hukum karma. Hukum karma adalah kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat dan perbuatan baik dibalas baik. Pembalasan setiap perbuatan mereka adalah di dunia ni yakni mereka percaya dengan kelahiran semula dan tiada alam akhirat. Jika di kelahiran yang lepas dia seorang yang jahat maka di kelahiran yang akan datang dia akan dibalas dengan kejahatan.

Dalam fahaman Hindu dan Buddha ni juga, mereka percaya bahawa setiap dugaan dan musibah yang menimpa adalah hukuman daripada Sang Karma. Tetapi ini sama sekali tidak serasi dengan konsep dugaan dalam Islam. Dalam Islam, dugaan yang datang tidak semestinya adalah hukuman daripada Allah tetapi boleh jadi dugaan itu menunjukkan rasa cinta Allah kepada hambaNya yang bertaqwa. Allah mahu meningkatkan darjah keimanan seseorang melaui dugaan.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
(Surah Al-'Ankabut : 2)

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa hukum karma memang bukan ajaran Islam. Jangan kita pandai2 mengaitkan apa yang terjadi atas diri kita ni sebagai hukum karma. Saya pernah je dengar ayat yang lebih kurang si Ali cakap padahal dia orang Islam. Mungkin ramai yang ambil mudah. Mungkin jugak ramai yang tak tahu dek terpengaruh dengan banyak cerita2 fiksyen di kaca televisyen mahu pon di dalam novel.

p/s: Jadi diharapkan kepada sesiapa yang dah mengetahui konsep hukum karma ni, jangan dibawa main2 atau bergurau pon. sebab mungkin mereka yang tak tahu bila dengar anda bergurau sedemikian, bimbang mereka akan salah faham dan mengatakan hukum karma tu terdapat dalam Islam padahal tidak sama sekali wahai rakan2 sekalian. harap anda semua dapat gambaran secara kasar apa itu hukum karma. Kalau berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh la tanya orang2 arif dalam bidang ni dan jangan lupa komen di bawah...bleh kita share2 ilmu yang kita dapat. hehe...=D
Akhir kata yang baik dari Allah yang buruk kerana kelemahan saya.wallahua'lam.

Monday, November 29, 2010

Kisah Rancangan Jahat Orang Yahudi Untuk Mencuri Jasad Rasulullah SAW

Hati mana yang tidak tersentuh dan menangis tatkala membaca kisah Rasulullah SAW, nabi kesayangan kita apabila diperlakukan sedemikian oleh puak Yahudi Laknatullah. Namun, Allah sebaik-baik pelindung. Dia sekali-kali tidak akan membiarkan sesiapa menyakiti kekasih Nya. Betapa kasih Allah kepada Rasulullah SAW. Apatah lagi kita yang amat memerlukan syafaat baginda di hari akhirat. Walau setinggi gunung amalan namun, sedarlah ia belum cukup untuk dijadikan pas masuk ke dalam syurga tanpa syafaat baginda dan rahmat dari Allah SWT.

Pernahkah kalian tahu bahawa suatu masa dahulu Orang Yahudi pernah membuat rancangan kotor untuk mencuri jasad Rasulullah SAW dari makam baginda?!

Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda seorang raja yang terkenal dengan sifat taqwa, warak dan adil. Kerana itu baginda digelar Malikul Adil (Raja yang adil). Seluruh kekuatannya adalah untuk menentang orang-orang kafir dan pada waktu itu Islam terlibat dalam perang salib. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Salahuddin al-Ayyubi, panglima perang salib di pihak Islam yang berjaya membebaskan bumi Palestin.

Pada suatu hari Sultan Nuruddin kelihatan muram dan seolah-olah sangat risau bukan seperti kebiasaannya. Kegelisahan itu disebabkan mimpi baginda beberapa malam yang lalu. Dalam mimpi itu baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan di hadapan Rasulullah SAW. Tetapi, Rasulullah SAW kelihatan sangat sedih. Lalu, Rasulullah SAW memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada 2 orang lelaki. Rasulullah berkata,

"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"

Sultan Nuruddin terbangun. Wajah Rasulullah SAW dan 2 orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Baginda yakin bahawa mimpi itu benar-benar Rasulullah SAW kerana Rasulullah sendiri pernah bersabda,

"Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku diwaktu bangun kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku"

Walau bagaimanapun, baginda tidak pernah menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi. Seperti mimpi pertama, Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin dan berkata,

"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"

Baginda terkejut dan bangun kemudian berwuduk dan menunaikan solat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya pada malam yang sunyi itu. Disebabkan terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk. Rasulullah SAW menjelma lagi dan berkata,

"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"

Dalam waktu terdekat, sudah 3 kali baginda bermimpi dengan mimpi yang sama. "Perkara ini benar-benar serius agaknya. Tidak boleh ku simpan seorang diri", kata Sultan Nuruddin. Selepas solat subuh pagi itu, baginda memanggil seorang menteri kepercayaannya Jamaluddin al-Mushly kerana beliau seorang yang warak, taqwa dan amanah. Baginda yakin Jamaluddin sekali-kali tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja.

Baginda menceritakan mimpinya itu. Jamaluddin yang mendengarkan cerita dari mimpi itu turut merasa gerun. "Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah SAW", kata Jamaluddin. Jamaluddin mentafsir bahawa ada rancangan jahat dari pihak-pihak tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Jamaluddin memberikan cadangan supaya baginda pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana baginda dapat berdoa di makam Rasulullah SAW untuk memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasih Nya. Mudah-mudahan tersingkap segala rahsia mimpi itu.

Baginda pon berangkat ke kota Madinah bersama-sama dengan menterinya Jamaluddin dan pegawai-pegawai lain. Sepanjang perjalanan, baginda disambut dengan begitu mesra oleh rakyat jelata yang menyayanginya. Namun, disebalik senyumannya itu ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui fikiran baginda. Tidak sesaat pon wajah Rasulullah SAW dan 2 orang lelaki itu hilang dari pandangan baginda.

Setibanya di kota Rasulullah SAW, mereka mandi dan bersuci kemudian masuk ke masjid Quba' dan menunaikan solat tahiyyatul masjid sebagai tanda menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri. Kemudian, mereka menuju ke taman Raudhah di mana jasad Rasulullah SAW disemadikan. Lalu, baginda menadah tangan setinggi-tinggi dan memohan petunjuk kepada Allah SWT. Detikkan hati Sultan Nuruddin yang begitu khusyuk berdoa telah mengalirkan air matanya tanpa disedari.

Datanglah petunjuk dari Allah SWT. Baginda segera memanggil gabenor Madinah dan memerintahkan supaya semua penduduk Madinah dikumpulkan tanpa seorang pon dikecualikan kerana baginda ingin bersalaman dan berjumpa dengan semua penduduk. Setelah berita disebarkan, orang ramai bersama seisi keluarga segera ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira kerana dapat bertemu dengan Raja. Baik lelaki, wanita, kanak-kanak dan mereka yang tua di usung dan seorang pon tidak tertinggal.

Setelah semua berada di dalam dewan tersebut, baginda memandang kepada rakyat sebagai tanda penghormatan. Mata Sultan Nuruddin tetap mencari-cari wajah kedua lelaki yang muncul dalam mimpinya itu. Wajah kedua lelaki itu semakin mencabar dihadapannya. Baginda tidak berpuas hati kerana tidak menemukan wajah kedua lelaki tersebut. 

Baginda menyuruh gabenor Madinah menyiasat sekali lagi jika masih ada rakyat yang belum datang. kemudian seorang pegawai berkata, "betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan yang belum datang. Mereka berdua adalah ahli tasawuf dan ahli hikmat. Sangat warak dan banyak ibadahnya. Sesiapa yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Kedua mereka adalah dermawan dan banyak membantu fakir miskin".

Baginda tertarik dengan huraian pegawai tersebut dan ingin sekali bertemu dengan mereka. Tidak lama kemudian dua orang mereka pon datang dan berjalan dengan tunduk dan tawaduk sementara mulut tidak henti-henti berzikir. Apabila mereka berdiri dihadapan Sultan Nuruddin, Sultan Nuruddin terkejut dan berkata dalam hatinya, "Demi Allah! Orang inilah yang datang ke dalam mimpiku." Baginda yakin 100% kali ini baginda tidak bermimpi. Tetapi baginda merasa hairan kerana tiada apa yang meragukan tentang mereka berdua.

Setelah dari itu, Sultan Nuruddin memberitahu kepada Jamaluddin tentang 2 orang jemputan terakhir itu. Jamaluddin berkata, "Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkkan baik, segalanya mengikut Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat." Raja Nuruddin teringat firman Allah di dalam Al-Quran,

"Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia sangat menarik perhatianmu, dan persaksikan Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat."

Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengatur rancangan untuk membongkar rahsia dua lelaki tersebut. Kedua lelaki tersebut diundang sebagai tetamu kehormat ke rumah terbuka Raja Nuruddin dan gabenor Madinah yang bertanggungjawab menjayakan majlis itu.

Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Mereka memeriksa seluruh isi rumah tetapi tidak ada satu pon yang mencurigakan sebaliknya banyak ayat-ayat Al-Quran digantung didinding dan juga hadis nabi. Di dalam almari terdapat banyak kitab-kitab seolah-olah menggambarkan pewaris nabi SAW.

Setelah berpuas hati, baginda mengambil keputusan untuk keluar. Tiba-tiba terdetik hati baginda ingin melihat sebuah permaidani yang sangat indah. Baginda membelek-belek permaidani tersebut dan menjumpai papan di bawah permaidani itu. Baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan. Ternyata di bawah papan itu ada sebuah terowong. Raja Nuruddin meneliti arah tuju terowong tersebut. Beliau terkejut kerana terowong ini menuju ke kubur Rasulullah SAW! Dan terowong itu memang sudah hampir benar pada jasad Rasulullah. MashaAllah!

Sebenarnya mereka berdua ialah ejen Yahudi yang diberi upah yang sangat lumayan untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah SAW. Motifnya, apabila jasad Rasulullah SAW berada di tangan Yahudi, mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat kekasih Allah seterusnya menghina umat Islam. Kedua-dua mereka dibawa ke muka pengadilan dan dihukum seadil-adilnya.

Oleh itu, Raja Nuruddin memerintahkan supaya keempat-empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah dan kita dapat melihat tanda itu sehingga ke hari ini. Baginda sujud syukur kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW telah berjaya diselesaikannya berkat hidayah dan pertolongan Nya. Sebelum berlepas dari Madinah sekali lagi baginda bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Kali ini Rasulullah SAW merangkul dan memeluk leher baginda.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku....
Dendam Yahudi tidak akan berakhir selagi tujuan untuk menghancurkan Islam belum berjaya. Semoga Allah memelihara kita semua dari taktik kotor kaum Yahudi terhadap Islam.

Saturday, November 27, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (Part 2)

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"
~Surah Al-Fath:1~

Kota Konstantinopel menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana kedudukannya yang strategik. Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul bermaksud Islam keseluruhannya terletak di sempadan benua Asia dan Eropah dan dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Kerana itu Napoleon pernah berkata, 

"...kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!"
~Napoleon Bonapart~


Kerajaan Byzantium sering mengancam perkembangan Islam. Nabi Muhammad SAW pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyak-koyakkan sehingga baginda berdoa semoga kerajaan Rom dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam. Nabi Muhammad pernah bersabda,

"Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik"

Usaha menakluk Konstantinopel dimulakan oleh:
Saidina Ali (34 Hijrah)
Muawiyah bin Abu Sufyan (84 Hijrah)
Sultan Sulaiman (91 Hijrah)
Khalifah Harun al-Rashid (165 Hijrah)
Sultan Beyazid (1391, 1397 dan 1400 Hijrah)

Tetapi, semuanya menemui kegagalan. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis Rasulullah SAW. Akhirnya, pada 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 Masihi, Kota Konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada usianya yang baru mencecah 21 tahun. Selepas lebih 800 tahun hadis tersebut diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi ia kenyataan.

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan  29 Mac 1432 M. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Baginda menaiki takhta pada usia yang amat muda iaitu ketika berusia 19 tahun menggantikan ayahandanya Sultan Murad. Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim ulama', Sheikh Shamsuddin al-Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad,"Wahai Sultan Murad, bukan engkau yang akan membebaskan kota Konstantinopel tetapi anak yang di dalam buaian itu." Sambil menunjuk kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Sejak itu baginda dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Baginda membesar sebagai pemuda yang tampan, bentuk badan yang tegap, kuat, tinggi dan pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya yang mancung.

Bermacam-macam usaha dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh serta pengikut-pengikutnya yang rela berjuang di jalan Allah dan merindukan syahid. Dalam usaha membebaskan Konstantinopel, tentera Turki menggunakan sejenis senjata yang dikatakan belum ada senjata lain yang dapat menandinginya. Senjata itu dinamakan meriam. Ia direka oleh seorang lelaki Yunani bernama Urban dan ia mampu dilontar jauh serta merobohkan tembok kota Konstantinopel. Walaupun memiliki senjata canggih itu, setelah 44 hari mengepung kota Konstantinopel tetapi mereka masih belum mampu menembusi benteng tersebut. Ramai yang sudah seperti patah semangat kerana di saat itu mereka menganggap sudah di ambang kekalahan. 

Walau bagaimanapun, Sultan Muhammad al-Fateh masih belum berputus asa kerana baginda tetap yakin dengan hadis yang telah disebutkan Rasulullah SAW 800 tahun dahulu. Sebenarnya sudah beberapa kali dalam mimpinya baginda bermimpi dengan mimpi yang sama. Akhirnya, baginda menceritakan mimpinya kepada Sheikh Samsuddin al-Wali. "Saya melihat kapal-kapal perang kta berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan kota Konstantinopel." Mengikut firasat Sheikh Samsuddin al-Wali, itu benar-benar satu petunjuk dari Allah. Walaupun kelihatan mustahil untuk memindahkan kapal-kapal perang ke Tanduk Emas melalui jalan darat tetapi dengan izin Allah semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi keadaan ini benar-benar menegakkan bulu roma Maharaja Konstantine apabila melihat 70 buah kapal tentera Turki betul-betul berada dihadapan kota Konstantinopel. Terlopong mulut Maharaja Konstantine kerana belum pernah berlaku kapal berlayar di atas daratan.

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannnya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya mengatasi Alexander The Great!"
~Pakar Sejarah Byzantine~

Sesungguhnya tidak mudah usaha tentera-tentera Islam ingin menawan kota Konstantinopel kerana bermacam-macam halangan terpaksa mereka tempuh sehingga ada juga ketikanya mereka sudah berasa putus asa dan sudah tiada harapan. Sultan Muhammad al-Fateh walaupun masih berdarah muda tidak pernah luntur semangat dan sentiasa mempertingkatkan lagi usaha diiringi dengan doa yang tidak putus-putus untuk mencapai cita-cita iaitu menembusi tembok dan seterusnya menawan kota Konstantinopel.

Sejenak, Sheikh Samsuddin yang memiliki ilmu firasat yang sangat tinggi duduk bertafakur kemudian menadah tangan lalu memohon doa dan petunjuk. Selepas itu dia berkata kepada Sultan Muhammad al-Fateh, "Dengan izin Allah, kota Konstantinopel pasti jatuh ke tangan tentera Islam pada hari ke-53 bersamaan hari Selasa, jam 11 pagi." Jawapan itu benar-benar menggembirakan hati Sultan Muhammad al-Fateh. Namun baginda sedar Tuhan tidak memberikan kejayaan itu dengan mudah tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Sementara menunggu masa yang dijanjikan itu, baginda memperhebatkan lagi serangan ke atas tentera Rom. Pada waktu siang mereka melancarkan serangan yang hebat manakala pada waktu malam tentera Islam mempertingkatkan amal ibadat. Begitu hebatnya usaha tentera Islam ketika itu dan memang patut kita contohi.

Akhirnya tiba hari yang ditunggu-tunggu. Berlakulah pertempuran sengit antara tentera Islam Turki dengan tentera Rom. Asakan demi asakan diterima tentera Rom dan menyebabkan pertahanan mereka semakin lemah. Mereka akhirnya berjaya menyerbu masuk ke dalam kota Konstantinopel melalui pintu Edirne. Sultan Muhammad al-Fateh akhirnya berjaya membunuh Maharaja Konstantine dan kota Konstantinopel berjaya ditawan. 

Benarlah maksud sebuah hadis Rasulullah SAW iaitu Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Bermacam-macam usaha dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh untuk merealisasikan maksud hadis Rasulullah SAW ini. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut kisah ini, rakan-rakan semua patut memiliki buku ini. Buku yang setebal 324 muka surat insyaAllah dapat dijadikan inspirasi untuk kita berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap perkara dan menjadi hebat seperti Sultan Muhammad al-Fateh. Selamat berusaha dalam semua perkara kerana ia akan dikira sebagai ibadah! =D



Saturday, November 20, 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (part1)

Memang dari kecik lagi kalau beli buku cerita, suka beli buku yang berkisarkan sejarah ataupun sirah.sebab dari sejarah la kita belajar memajukan diri.orang selalu kata, nak berjaya kena pandang ke hadapan.ye, saya memang setuju 100 peratus tapi mungkin perlu diubah sket...kalau nak berjaya, kena pandang belakang dan belajar dari pengalaman kemudian toleh ke hadapan dengan azam baiki kelemahan semalam dan teruskan usaha mengejar cita-cita...

Berbalik kepada tajuk di atas...

Terima kasih kepada kak aini sebab bagi saya pinjam buku ni...=D
Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan salah seorang idola dalam hidup saya selain Salahuddin Al-Ayubi. kenapa saya menekankan nama mereka? sebenarnya ramai lagi tokoh-tokoh lain cuma ada beberapa sebab yang menyebabkan saya amat mengagumi ketokohan mereka berdua. Ini kerana saya kagum dengan mereka yang pada usia sebaya saya (20-an) mampu berjuang mengangkat senjata, mampu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan seterusnya menakluk sebahagian dunia!!! Ya Allah...kalau nak dibandingkan dengan diri ni teramat jauh la bezanya. keperibadian yang tinggi ditambah dengan sifat kematangan dalam berfikir serta bertunjangkan paksi ketakwaan dimana hanya Allah tempat bergantung dan tempat berserah sepenuh jiwa raga...mungkin salah satu sebab yang menjadikan mereka mampu berdiri teguh menempuh bermacam2 ujian untuk melawan musuh.bagi kita remaja di Malaysia, kita mungkin agak sukar mengangkat senjata macam pistol, pedang, tombak dan lain-lain untuk menentang musuh tapi musuh utama kita tak lain tak bukan diri sendiri. saya akui pengaruh hawa nafsu amat kuat.kadang2...erm...mungkin jugak selalu...selalu tertewas dengan pujukan hawa nafsu...aahhh...susahnya nak elak.tapi setiap kali saya buka semula lembaran2 kisah mereka seperti ada satu semangat yang mencucuk2...ya! saya mahu menjadi seperti mereka! remaja Islam yang mampu menggoncang dunia!!! (xsalah bercita2 tggi...selagi nyawa dan kudrat masih ada apa salah kita mencuba...=D)

Sebenarnya entry kali ni cuma nak suntik sedikit semangat kepada saya dan rakan2 lain (actually, time tulis ni blom ada follower lg sbb blom bgtau kt org lg dh ada blog...hehe) insyaAllah nanti di lain waktu saya akan menceritakan dengan lebih lanjut 2 orang tokoh besar ni supaya kita sebagai remaja boleh contohi semangat mereka.mungkin kita patut aplikasi kan dalam konteks yang lebih luas lagi...semangat dalam menuntut ilmu...SEMANGAT!!!

p/s: kawan2 rx8 terutamanya, cuba rasakan setiap ilmu yang diterima adalah amanah dari Allah...bila nak buka buku jangan fikir arghh pasni mesti ngantuk...cuba kita fikir...wahhh,ilmu2 ni sume blom tahu lagi ni...nak buka buku tu cuba kita rasa curious nak tahu benda baru...kalu xcurious pon buat2 curious...i mean, buka buku sambil buka mata luas2 dan terpegun tengok sume gambar2 dan nama pelik2 dlm tu...sebenarnya lagi plek nama tu lagi best kalu disebut byk2 kali...hehe sbb org sure bt muka plek jgk kalo dgr...ni salah 1 cara saya nak naikkan semangat nak blaja...hehe...ok last but not least,yang baik dari Allah, yang buruk tu dari kelemahan saya...

1st day as blogger

assalamualaikum,
ahlan wa sahlan,
actually nothing much to say because today is 1st day for me as blogger (wah, is it interesting to be a blogger??)
just want to...erm...testing only...hehe...
actually, i very hope this site will help me to reflect myself and may give some advantages for others =D