Bismillahirrahmanirrahim.....
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan nikmat badan yang sihat untuk mengikuti program 'Kembara Ukhuwah'. Menarik dan sangat teruja dengan program ni. Tak pernah terfikir cabaran yang diberikan sangat mencabar...menguji tahap kesabaran, sejauh mana kerjasama antara pasukan dan juga kecerdasan minda.
Task 1: Mencari klu untuk kereta yang akan kami naiki...Kancil or Myvi???
Kami tidak diberitahu nombor plat kereta tapi _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ apekah???
Wargh! ni bkn nombor plat ni...apasal panjang sangat? takpe2...kita cari je dulu (walaupun tak tahu apa benda sebenarnya yang patut dicari) yang pasti klunya, kereta ada kat cf sis. Aik? apasal kat kereta ni ada nama sahabat-sahabat nabi? owh, agaknya ni la yang kitorang kena padankan dalam kotak-kotak kosong tu. ok, bukan kereta ni. Kami terus mencari. Ada seseorang memanggil "Weh korang!! Ni hah dah jumpa. ABU UBAIDAH AL-JARRAH." Finally! kereta Savvy rupanya.
Task 2: Mencari kunci kereta
Aiyoo..mane ni? Seluruh isi kereta kitorang dah cari tapi tak jumpa! Bawah lapik kaki, dalam dashboard, celah kusyen (ciap angkat kusyen bawah tu lagi) tapi tak de. "Weh sume dah pegi la..." ada seseorang dari ahli kumpulan berkata. Nampaknya kitorang orang paling last keluar dari UIA. Tak boleh jadi. Ok, call tuan punya kereta (kitorang tahu siapa tuan kereta ni..hehe) "Tak semestinya dalam kereta, luar kereta pon boleh jadi" tuan kereta beri klu. Lah, lupa pulak nak cari kat bahagian luar kereta. Bawah tayar, dalam bonet, bawah kereta sampai terbaring-baring mencari kunci dan akhirnya belakang bumper rupanya! Banyaknya masa terbuang kat sini...agak down jugak la tengok kereta-kereta lain dah berlalu lebih 15 minit yang lalu...isk3
Task 3: Cari checkpoint 1
Dalam kereta tu pulak ada 1 kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Dengan berbekalkan 3 buah laptop, 3 broadband and setiap laptop perlu memiliki software Google Earth dan kami perlu memasukkan koordinat yang diberi dari kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Macam-macam jugak yang jadi. Ini la yang dikatakan cabaran, dugaan, ujian, rintangan dan apa-apa yang sewaktu dengannya...huhu. Broadband tak boleh connect! Salah satu laptop jem! tapi takpe..cool lagi time ni. naseb ada lagi 2 laptop. Ok, dah masuk koordinat...owh tanjung lumpur! Kitorang pon bergerak ke tempat berdasarkan peta iaitu Kg. Anak Air. Nak mencari Kg. Anak Air pon satu hal. Kitorang tanya orang sekeliling dan nasib ada sorang mak cik baik ni suruh follow dia pergi ke sana (Terima kasih mak cik) Then, kitorang pon sampai tapi mana klu seterusnya?? Apasal kawasan ni macam pelik semacam?? ok, call lifeline lagi. "Lifeline, kitorang dah sampai tanjung lumpur tapi nak cari klu kat mana?" "Eh, bukan situ patut korang pergi...patutnya ke terminal" Lifeline berkata. Kitorang cek semula koordinat.48 degree di skrin laptop dan 45 degree dalam kertas klu. Warghhhhhhhh! Salah koordinat rupanya! (time ni semua agak down sebab dah banyak sangat membazirkan masa dari task 1 sampai ke task 3 ni, sure diorang yang lain dah checkpoint ke berapa ntah)
Task 4: Cari klu sebenar di stadium
Kitorang pergi ke terminal berdasarkan lifeline cakap sebentar tadi. Kitorang dah naik atas terminal dah pon tapi tak tahu nak mencari kat mana. Yela...terminal tu bukannya kecik. ok, call lifeline lagi (rasanya kitorang paling banyak talipon lifeline). "Cuba tengok betol2 dalam map tu korang punya checkpoint seterusnya". Lahhhh, ni stadium la... (tak bajet plak lifeline takkan bagi tau klu tu direct..aiyya..) kitorang tawaf stadium dan mencari klu seterusnya. Finally, kat tiang ke4 baru jumpa klu. Kitorang pon memasukkan koordinat seterusnya dan bertolak ke destinasi yang dituju. "Weh korang ni ada task suruh tangkap gambar kat tempat checkpoint" Aiyya...not again! (p/s: baca klu betol2 sebelum bertolak) Kitorang patah balik ke tempat checkpoint tadi semata-mata untuk tangkap gambar. Dengan senyuman masing-masing yang sangat manis kitorang pon tangkap gambar. Snap!!!
Task 5: Ke Black Stone aka Batu Hitam
Perjalanan kali ini alhamdulillah lancar. Mula-mula tadi dah rasa nak give up. Rasa macam nak je patah balik uia...balik bilik tido and mimpi indah. Tapi semangat kawan2 yang sangat luar biasa memberi kekuatan diri ini meneruskan perjuangan yang belum selesai. "Takpe, kita main suka2 je...tak kesah menang kalah. Anggap kita pergi holiday, makan angin, jalan-jalan tengok tempat orang" masing-masing beri kata-kata positif untuk menyejukkan hati yang rasanya agak panas di awal perlumbaan. hehe...(am i rite??) Klu seterusnya di sideview of blackstone.
Task 6: Ke Teluk Mak Nik (1st time dengar hari tu)
Setelah koordinat di masukkan dan butang search ditekan dan Google Earth loading seketika dan......Teluk Mak Nik, Kemaman??? Biar betol...jauhnya...ok, tak puas hati. Cek koordinat lagi sekali (pengajaran dari kesilapan lepas) Betul dah ni...ok, tak puas hati lagi. Call lifeline. "Kitorang kena pergi Kemaman ke? Macam jauh je ni" " Ye betol la tu..." Lifeline beri petunjuk. Perjalanan dirasakan sangat lama. Masa dirasakan berlalu sangat perlahan, kelajuan kereta dirasakan seperti kelajuan kura-kura berjalan. Sepanjang perjalanan kitorang asyik bercerita pengalaman kitorang sepanjang perjalanan tadi. Banyak juga pelajaran yang kami dapat dan kami muhasabah kembali kekurangan kami. Tidak lupa juga, sempat lagi kami bergurau, gelak-gelak dan makan snek (bekalan yang kami bawa). Time ni memang masing-masing kembali bersemangat walaupun tak mengharapkan kemenangan tapi yang penting keseronokan dalam berukhuwah dapat dirasai sepanjang kembara ini.
Thanks korang!! (Ala, Shikin Sapuan, Tikah & Faizah)
Task 7: Klu terakhir di Monica Bay aka Teluk Mak Nik
Wah, 3 kereta sampai ke checkpoint terakhir serentak! (jumlah semua 4 buah kereta...lagi 1 kereta kami sudah maklum telah lama sampai ke checkpoint) "Ada harapan dapat nombor 2 nih!" saya berkata dalam hati. Ahli kumpulan masing-masing yang dengan harapan mendapat tempat ke2 berlari-lari mencari klu seterusnya. Aku ternampak 1 pondok tak berpenghuni. Gerak hati aku kuat mengatakan klu seterusnya berada di situ (aku percaya dengan gerak hati aku) Got it!! Aku memanggil rakan-rakanku yang masih mencari dan kami berlima berlari sekuat hati (actually naik kereta...) ke tempat urusetia iaitu checkpoint terakhir Dan...can you belive it? We're in second place! (after all that happen along the journey) Benarlah, sesungguhnya rasa kebergantungan kepada Allah yang paling penting selepas usaha telah dicurahkan.
Syukur alhamdulillah. Memang tak expect nak dapat tempat kedua lepas semua yang jadi sepanjang perjalanan. Kami cuma ingin berseronok dan mendapatkan pengalaman tapi sesungguhnya lebih dari itu yang Allah telah kurniakan. Tahniah untuk pasukan ABU UBAIDAH AL-JARRAH!!! Pengalaman kembara ukhuwah ni sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan antara kami. Benarlah, manis berukhuwah hanya akan dapat dirasai oleh orang-orang beriman dan sesungguhnya hanya kuasa Allah yang dapat menyatukan hati-hati orang beriman. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut...=D
hehe. thanks buat ika jugak!! syabas utk semua! hee. explorace smlm memg sgt best! byk bnda baru yg kita blajar.. seriously x tau nak describe mcm mana, tp memg best explore dgn korg smlm.. luv u all!
ReplyDeletehehe..saya sayang anda semua! memang seronok mengembara mcm semalam, konvoi balik ramai2..xsangka dpt pengalaman mcm ni..best dpt kawan2 mcm korg semua..huhu
ReplyDelete