Saturday, December 4, 2010

Hukum Karma??? (sound familiar.....)

Dialog ini tidak ada kaitan dengan sesiapa melainkan hanya direka oleh blogger untuk menggambarkan situasi semasa....

Ali: hari ni nasib aku terasa malang semacam je..
Abu: kenapenye??
Ali: xde la..tadi aku nak kuar g kedai tetbe aku tengok tayar basikal aku pancit dow..aku rasa ada orang sengaja anaiya aku ni..
Abu: ko dah siasat ke? ntah2 ko sniri yang langgar paku ke..tak baik tuduh2
Ali: dah la tu, bkn setakat tayar pancit. aku pon jalan kaki g kedai tetibe ada satu mamat bawak kete sengaja langgar lopak tepi jalan. padahal dia tak nampak ke aku kt tepi lopak tu. habis baju aku.naseb ada dinamo..
Abu: dia tak nampak kot
Ali: ko ni..ni sebab aku malas cite kt ko..ish, tapi aku rasa ni la orang kate HUKUM KARMA ye tak? sebenarnya aku pon pernah je buat benda2 tu..yela, balasan kat aku balik kot..

Selalu jugak dengar perkataan ni. Sebenarnya apa maksud hukum karma?
Saya pon tak de la tau sangat pasal hukum karma ni. Sebab tu ada jugak tanya pendapat kawan2 dan cuba gak search pasal hukum karma.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, jangan kita main2 dengan perkataan hukum karma. Tiada dalam Islam istilah hukum karma. Hukum karma adalah kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat dan perbuatan baik dibalas baik. Pembalasan setiap perbuatan mereka adalah di dunia ni yakni mereka percaya dengan kelahiran semula dan tiada alam akhirat. Jika di kelahiran yang lepas dia seorang yang jahat maka di kelahiran yang akan datang dia akan dibalas dengan kejahatan.

Dalam fahaman Hindu dan Buddha ni juga, mereka percaya bahawa setiap dugaan dan musibah yang menimpa adalah hukuman daripada Sang Karma. Tetapi ini sama sekali tidak serasi dengan konsep dugaan dalam Islam. Dalam Islam, dugaan yang datang tidak semestinya adalah hukuman daripada Allah tetapi boleh jadi dugaan itu menunjukkan rasa cinta Allah kepada hambaNya yang bertaqwa. Allah mahu meningkatkan darjah keimanan seseorang melaui dugaan.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
(Surah Al-'Ankabut : 2)

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa hukum karma memang bukan ajaran Islam. Jangan kita pandai2 mengaitkan apa yang terjadi atas diri kita ni sebagai hukum karma. Saya pernah je dengar ayat yang lebih kurang si Ali cakap padahal dia orang Islam. Mungkin ramai yang ambil mudah. Mungkin jugak ramai yang tak tahu dek terpengaruh dengan banyak cerita2 fiksyen di kaca televisyen mahu pon di dalam novel.

p/s: Jadi diharapkan kepada sesiapa yang dah mengetahui konsep hukum karma ni, jangan dibawa main2 atau bergurau pon. sebab mungkin mereka yang tak tahu bila dengar anda bergurau sedemikian, bimbang mereka akan salah faham dan mengatakan hukum karma tu terdapat dalam Islam padahal tidak sama sekali wahai rakan2 sekalian. harap anda semua dapat gambaran secara kasar apa itu hukum karma. Kalau berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh la tanya orang2 arif dalam bidang ni dan jangan lupa komen di bawah...bleh kita share2 ilmu yang kita dapat. hehe...=D
Akhir kata yang baik dari Allah yang buruk kerana kelemahan saya.wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment