Sunday, December 19, 2010

:: Kembara Ukhuwah ::

Bismillahirrahmanirrahim.....

Syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan nikmat badan yang sihat untuk mengikuti program 'Kembara Ukhuwah'. Menarik dan sangat teruja dengan program ni. Tak pernah terfikir cabaran yang diberikan sangat mencabar...menguji tahap kesabaran, sejauh mana kerjasama antara pasukan dan juga kecerdasan minda.

Task 1: Mencari klu untuk kereta yang akan kami naiki...Kancil or Myvi???
Kami tidak diberitahu nombor plat kereta tapi _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ apekah???
Wargh! ni bkn nombor plat ni...apasal panjang sangat? takpe2...kita cari je dulu (walaupun tak tahu apa benda sebenarnya yang patut dicari) yang pasti klunya, kereta ada kat cf sis. Aik? apasal kat kereta ni ada nama sahabat-sahabat nabi? owh, agaknya ni la yang kitorang kena padankan dalam kotak-kotak kosong tu. ok, bukan kereta ni. Kami terus mencari. Ada seseorang memanggil "Weh korang!! Ni hah dah jumpa. ABU UBAIDAH AL-JARRAH." Finally! kereta Savvy rupanya.

Task 2: Mencari kunci kereta
Aiyoo..mane ni? Seluruh isi kereta kitorang dah cari tapi tak jumpa! Bawah lapik kaki, dalam dashboard, celah kusyen (ciap angkat kusyen bawah tu lagi) tapi tak de. "Weh sume dah pegi la..." ada seseorang dari ahli kumpulan berkata. Nampaknya kitorang orang paling last keluar dari UIA. Tak boleh jadi. Ok, call tuan punya kereta (kitorang tahu siapa tuan kereta ni..hehe) "Tak semestinya dalam kereta, luar kereta pon boleh jadi" tuan kereta beri klu. Lah, lupa pulak nak cari kat bahagian luar kereta. Bawah tayar, dalam bonet, bawah kereta sampai terbaring-baring mencari kunci dan akhirnya belakang bumper rupanya! Banyaknya masa terbuang kat sini...agak down jugak la tengok kereta-kereta lain dah berlalu lebih 15 minit yang lalu...isk3

Task 3: Cari checkpoint 1
Dalam kereta tu pulak ada 1 kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Dengan berbekalkan 3 buah laptop, 3 broadband and setiap laptop perlu memiliki software Google Earth dan kami perlu memasukkan koordinat yang diberi dari kertas klu untuk ke checkpoint seterusnya. Macam-macam jugak yang jadi. Ini la yang dikatakan cabaran, dugaan, ujian, rintangan dan apa-apa yang sewaktu dengannya...huhu. Broadband tak boleh connect! Salah satu laptop jem! tapi takpe..cool lagi time ni. naseb ada lagi 2 laptop. Ok, dah masuk koordinat...owh tanjung lumpur! Kitorang pon bergerak ke tempat berdasarkan peta iaitu Kg. Anak Air. Nak mencari Kg. Anak Air pon satu hal. Kitorang tanya orang sekeliling dan nasib ada sorang mak cik baik ni suruh follow dia pergi ke sana (Terima kasih mak cik) Then, kitorang pon sampai tapi mana klu seterusnya?? Apasal kawasan ni macam pelik semacam?? ok, call lifeline lagi. "Lifeline, kitorang dah sampai tanjung lumpur tapi nak cari klu kat mana?" "Eh, bukan situ patut korang pergi...patutnya ke terminal" Lifeline berkata. Kitorang cek semula koordinat.48 degree di skrin laptop dan 45 degree dalam kertas klu. Warghhhhhhhh! Salah koordinat rupanya! (time ni semua agak down sebab dah banyak sangat membazirkan masa dari task 1 sampai ke task 3 ni, sure diorang yang lain dah checkpoint ke berapa ntah)

Task 4: Cari klu sebenar di stadium
Kitorang pergi ke terminal berdasarkan lifeline cakap sebentar tadi. Kitorang dah naik atas terminal dah pon tapi tak tahu nak mencari kat mana. Yela...terminal tu bukannya kecik. ok, call lifeline lagi (rasanya kitorang paling banyak talipon lifeline). "Cuba tengok betol2 dalam map tu korang punya checkpoint seterusnya". Lahhhh, ni stadium la... (tak bajet plak lifeline takkan bagi tau klu tu direct..aiyya..) kitorang tawaf stadium dan mencari klu seterusnya. Finally, kat tiang ke4 baru jumpa klu. Kitorang pon memasukkan koordinat seterusnya dan bertolak ke destinasi yang dituju. "Weh korang ni ada task suruh tangkap gambar kat tempat checkpoint" Aiyya...not again! (p/s: baca klu betol2 sebelum bertolak) Kitorang patah balik ke tempat checkpoint tadi semata-mata untuk tangkap gambar. Dengan senyuman masing-masing yang sangat manis kitorang pon tangkap gambar. Snap!!!

Task 5: Ke Black Stone aka Batu Hitam
Perjalanan kali ini alhamdulillah lancar. Mula-mula tadi dah rasa nak give up. Rasa macam nak je patah balik uia...balik bilik tido and mimpi indah. Tapi semangat kawan2 yang sangat luar biasa memberi kekuatan diri ini meneruskan perjuangan yang belum selesai. "Takpe, kita main suka2 je...tak kesah menang kalah. Anggap kita pergi holiday, makan angin, jalan-jalan tengok tempat orang" masing-masing beri kata-kata positif untuk menyejukkan hati yang rasanya agak panas di awal perlumbaan. hehe...(am i rite??) Klu seterusnya di sideview of blackstone.

Task 6: Ke Teluk Mak Nik (1st time dengar hari tu)
Setelah koordinat di masukkan dan butang search ditekan dan Google Earth loading seketika dan......Teluk Mak Nik, Kemaman??? Biar betol...jauhnya...ok, tak puas hati. Cek koordinat lagi sekali (pengajaran dari kesilapan lepas) Betul dah ni...ok, tak puas hati lagi. Call lifeline. "Kitorang kena pergi Kemaman ke?  Macam jauh je ni" " Ye betol la tu..." Lifeline beri petunjuk. Perjalanan dirasakan sangat lama. Masa dirasakan berlalu sangat perlahan, kelajuan kereta dirasakan seperti kelajuan kura-kura berjalan. Sepanjang perjalanan kitorang asyik bercerita pengalaman kitorang sepanjang perjalanan tadi. Banyak juga pelajaran yang kami dapat dan kami muhasabah kembali kekurangan kami. Tidak lupa juga, sempat lagi kami bergurau, gelak-gelak dan makan snek (bekalan yang kami bawa). Time ni memang masing-masing kembali bersemangat walaupun tak mengharapkan kemenangan tapi yang penting keseronokan dalam berukhuwah dapat dirasai sepanjang kembara ini.

Thanks korang!! (Ala, Shikin Sapuan, Tikah & Faizah)

Task 7: Klu terakhir di Monica Bay aka Teluk Mak Nik
Wah, 3 kereta sampai ke checkpoint terakhir serentak! (jumlah semua 4 buah kereta...lagi 1 kereta kami sudah maklum telah lama sampai ke checkpoint) "Ada harapan dapat nombor 2 nih!" saya berkata dalam hati. Ahli kumpulan masing-masing yang dengan harapan mendapat tempat ke2 berlari-lari mencari klu seterusnya. Aku ternampak 1 pondok tak berpenghuni. Gerak hati aku kuat mengatakan klu seterusnya berada di situ (aku percaya dengan gerak hati aku) Got it!! Aku memanggil rakan-rakanku yang masih mencari dan kami berlima berlari sekuat hati (actually naik kereta...) ke tempat urusetia iaitu checkpoint terakhir Dan...can you belive it? We're in second place! (after all that happen along the journey) Benarlah, sesungguhnya rasa kebergantungan kepada Allah yang paling penting selepas usaha telah dicurahkan.

Syukur alhamdulillah. Memang tak expect nak dapat tempat kedua lepas semua yang jadi sepanjang perjalanan. Kami cuma ingin berseronok dan mendapatkan pengalaman tapi sesungguhnya lebih dari itu yang Allah telah kurniakan. Tahniah untuk pasukan ABU UBAIDAH AL-JARRAH!!! Pengalaman kembara ukhuwah ni sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan antara kami. Benarlah, manis berukhuwah hanya akan dapat dirasai oleh orang-orang beriman dan sesungguhnya hanya kuasa Allah yang dapat menyatukan hati-hati orang beriman. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut...=D

Saturday, December 11, 2010

Dari Saya Untuk Anda

Sedar2 buka blog dah 5 Muharram 1432 H rupanya. Lekanya dengan kedatangan dan kepergian bulan Islam. Malu rasanya...kenapa la dalam laptop, dekat handphone semua guna bulan Masihi. Sesiapa yang expert dalam bidang teknologi tolonglah cipta gadjet yang ada juga guna bulan Hijrah.Huhu..

Tajuk ini tidak ditujukan kepada orang tertentu melainkan kepada sesiapa yang sudi membaca entry ni...

Semakin kita dewasa semakin banyak ujian. Semakin banyak ujian semakin banyak benda fikir. Makin banyak benda fikir makin mematangkan diri. Tapi matang hanya bagi sesiapa yang dapat mengawal diri, menahan nafsu, berfikiran positif atas setiap perkara yang berlaku. Kalau setiap benda yang terjadi atas diri disusuli dengan kata-kata putus asa atau perbuatan menyalahkan takdir, itu bukan matang namanya! (even muka may be nampak matured...huhu)

Bila dah dewasa ni (21 tahun..dewasa la kan?) semakin saya menghayati setiap apa yang terjadi ada HIKMAH tersendiri. Ye..tajuk sebenar entry ni tentang HIKMAH. Suka untuk saya menceritakan pengalaman saya yang membuatkan saya lebih yakin dan bertambah-tambah yakin dengan setiap apa yang terjadi ke atas diri ini semuanya ada HIKMAH. Mungkin Allah tak tunjukkan hikmah tu sejurus selepas anda ditimpa ujian, mungkin HIKMAH tersingkap selepas bertahun-tahun lamanya....

*****


"Ya Allah, Tuhan Maha Berkuasa Maha Esa...Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, Tuhan yang Menguasai Arasy di langit...kepadaMu aku bermohon dan bersujud..aku mohon Ya Allah, berikanlah aku...sekian2...makbulkan doaku Ya Allah...daripadaMu aku datang kepadaMu aku kembali...amin..."

Sekian lama aku tak berputus asa mengucapkan doa ini seusai solat. Sudah bertahun-tahun juga aku masih mengharap termakbulnya doaku ini. Masih juga tidak terlihat jalan keluar dan tanda-tanda termakbulnya doaku ini. Aku masih bersabar. Cuma kadang-kadang aku terfikir kenapa doaku masih tidak dimakbulkan? Hum...mungkin ada silapku dimana-mana...

Suatu hari aku dan seorang sahabat entah macam mana terbicara tajuk mengenai DOA. Seorang sahabatku cakap sebaiknya kita berdoa kepada Allah supaya Allah berikan yang terbaik untuk kita. Tidak semestinya apa yang kita doakan dan kita harapkan adalah yang terbaik. Allah mungkin tidak memakbulkan doa kita sebab Allah nak berikan yang terbaik untuk kita. Jadi jangan cepat melatah kalau tak dapat apa yang kita hajatkan...(pesanan khas untuk saya...dan am untuk anda =D)

"Ya Allah, Tuhan Maha Berkuasa Maha Esa...Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, Tuhan yang Menguasai Arasy di langit...kepadaMu aku bermohon dan bersujud..aku mohon Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku, perkenankan lah...tetapi jika itu yang terbaik, aku redha...makbulkan doaku Ya Allah...daripadaMu aku datang kepadaMu aku kembali...amin..."

Selepas beberapa tahun berlalu, tersingkap segala rahsia apa yang telah terjadi atas diriku. Mungkin apa yang aku doakan tidak diperkenankan tetapi sesungguhnya Allah dah berikan yang JAUH LEBIH BAIK daripada yang aku minta! Bayangkan, bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun...umurku sudah 21 tahun jadi lebih daripada 10 tahun barulah tersingkap segala hikmah atas ujian yang Allah berikan. Aku bersyukur dan benar-benar telah belajar erti kesabaran....

Tajuk entry kali ni mungkin ringan sedikit tetapi cukuplah kiranya dapat dikongsi pengalaman ni bersama. Saya tak dapat ceritakan secara terperinci tentang pengalaman saya sebab agak peribadi untuk dikongsi di sini. Tetapi mungkin anda semua boleh memahami apa yang ingin saya sampaikan.

LEBIH BAIK berdoa semoga Allah memberikan yang TERBAIK untuk kita berbanding meminta apa yang kita mahu.

LEBIH BAIK berdoa semoga Allah berikan KEKUATAN menghadapi ujian berbanding dipermudahkan ujian. (saya terbaca dalam iluvislam tak silap..insyaAllah ujian yang Allah beri dalam kemampuan kita untuk menghadapinya)

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu
Yang menciptakan segalanya...
Yang menimpakan ujian...
Yang menjadikan sakit hatimu...
Yang membuatkan keinginanmu terhalang...
Serta menyusahkan hidupmu...
Pasti damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu betapa deritanya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
Yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya..........

 damailah hatimu dalam rahmatNya

gambar selingan semata-mata =D


p/s: Apapun, semoga saya dan anda lebih tenang (di dalam hati mahupun pada riak wajah =D) menghadapi hari-hari mendatang yang sesungguhnya semakin mencabar. Selamat masuk sem baru! yeah...!(tunjuk semangat =)
Yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan diri.

Saturday, December 4, 2010

Hukum Karma??? (sound familiar.....)

Dialog ini tidak ada kaitan dengan sesiapa melainkan hanya direka oleh blogger untuk menggambarkan situasi semasa....

Ali: hari ni nasib aku terasa malang semacam je..
Abu: kenapenye??
Ali: xde la..tadi aku nak kuar g kedai tetbe aku tengok tayar basikal aku pancit dow..aku rasa ada orang sengaja anaiya aku ni..
Abu: ko dah siasat ke? ntah2 ko sniri yang langgar paku ke..tak baik tuduh2
Ali: dah la tu, bkn setakat tayar pancit. aku pon jalan kaki g kedai tetibe ada satu mamat bawak kete sengaja langgar lopak tepi jalan. padahal dia tak nampak ke aku kt tepi lopak tu. habis baju aku.naseb ada dinamo..
Abu: dia tak nampak kot
Ali: ko ni..ni sebab aku malas cite kt ko..ish, tapi aku rasa ni la orang kate HUKUM KARMA ye tak? sebenarnya aku pon pernah je buat benda2 tu..yela, balasan kat aku balik kot..

Selalu jugak dengar perkataan ni. Sebenarnya apa maksud hukum karma?
Saya pon tak de la tau sangat pasal hukum karma ni. Sebab tu ada jugak tanya pendapat kawan2 dan cuba gak search pasal hukum karma.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini, jangan kita main2 dengan perkataan hukum karma. Tiada dalam Islam istilah hukum karma. Hukum karma adalah kepercayaan agama Hindu dan Buddha. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat dan perbuatan baik dibalas baik. Pembalasan setiap perbuatan mereka adalah di dunia ni yakni mereka percaya dengan kelahiran semula dan tiada alam akhirat. Jika di kelahiran yang lepas dia seorang yang jahat maka di kelahiran yang akan datang dia akan dibalas dengan kejahatan.

Dalam fahaman Hindu dan Buddha ni juga, mereka percaya bahawa setiap dugaan dan musibah yang menimpa adalah hukuman daripada Sang Karma. Tetapi ini sama sekali tidak serasi dengan konsep dugaan dalam Islam. Dalam Islam, dugaan yang datang tidak semestinya adalah hukuman daripada Allah tetapi boleh jadi dugaan itu menunjukkan rasa cinta Allah kepada hambaNya yang bertaqwa. Allah mahu meningkatkan darjah keimanan seseorang melaui dugaan.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?
(Surah Al-'Ankabut : 2)

Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa hukum karma memang bukan ajaran Islam. Jangan kita pandai2 mengaitkan apa yang terjadi atas diri kita ni sebagai hukum karma. Saya pernah je dengar ayat yang lebih kurang si Ali cakap padahal dia orang Islam. Mungkin ramai yang ambil mudah. Mungkin jugak ramai yang tak tahu dek terpengaruh dengan banyak cerita2 fiksyen di kaca televisyen mahu pon di dalam novel.

p/s: Jadi diharapkan kepada sesiapa yang dah mengetahui konsep hukum karma ni, jangan dibawa main2 atau bergurau pon. sebab mungkin mereka yang tak tahu bila dengar anda bergurau sedemikian, bimbang mereka akan salah faham dan mengatakan hukum karma tu terdapat dalam Islam padahal tidak sama sekali wahai rakan2 sekalian. harap anda semua dapat gambaran secara kasar apa itu hukum karma. Kalau berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut boleh la tanya orang2 arif dalam bidang ni dan jangan lupa komen di bawah...bleh kita share2 ilmu yang kita dapat. hehe...=D
Akhir kata yang baik dari Allah yang buruk kerana kelemahan saya.wallahua'lam.