Pernahkah kalian tahu bahawa suatu masa dahulu Orang Yahudi pernah membuat rancangan kotor untuk mencuri jasad Rasulullah SAW dari makam baginda?!
Sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Baginda seorang raja yang terkenal dengan sifat taqwa, warak dan adil. Kerana itu baginda digelar Malikul Adil (Raja yang adil). Seluruh kekuatannya adalah untuk menentang orang-orang kafir dan pada waktu itu Islam terlibat dalam perang salib. Beliaulah yang membentangkan jalan kepada Salahuddin al-Ayyubi, panglima perang salib di pihak Islam yang berjaya membebaskan bumi Palestin.
Pada suatu hari Sultan Nuruddin kelihatan muram dan seolah-olah sangat risau bukan seperti kebiasaannya. Kegelisahan itu disebabkan mimpi baginda beberapa malam yang lalu. Dalam mimpi itu baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan di hadapan Rasulullah SAW. Tetapi, Rasulullah SAW kelihatan sangat sedih. Lalu, Rasulullah SAW memegang tangan Nuruddin dan menunjuk kepada 2 orang lelaki. Rasulullah berkata,
"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"
Sultan Nuruddin terbangun. Wajah Rasulullah SAW dan 2 orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapannya seperti bukan mimpi. Baginda yakin bahawa mimpi itu benar-benar Rasulullah SAW kerana Rasulullah sendiri pernah bersabda,
"Siapa yang melihat aku dalam mimpi, samalah ertinya dengan melihat aku diwaktu bangun kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai aku"
Walau bagaimanapun, baginda tidak pernah menceritakan hal itu kepada sesiapa pun. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi. Seperti mimpi pertama, Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin dan berkata,
"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"
Baginda terkejut dan bangun kemudian berwuduk dan menunaikan solat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya pada malam yang sunyi itu. Disebabkan terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk. Rasulullah SAW menjelma lagi dan berkata,
"Kenalilah aku. Bebaskan aku dari 2 orang itu!"
Dalam waktu terdekat, sudah 3 kali baginda bermimpi dengan mimpi yang sama. "Perkara ini benar-benar serius agaknya. Tidak boleh ku simpan seorang diri", kata Sultan Nuruddin. Selepas solat subuh pagi itu, baginda memanggil seorang menteri kepercayaannya Jamaluddin al-Mushly kerana beliau seorang yang warak, taqwa dan amanah. Baginda yakin Jamaluddin sekali-kali tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja.
Baginda menceritakan mimpinya itu. Jamaluddin yang mendengarkan cerita dari mimpi itu turut merasa gerun. "Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah SAW", kata Jamaluddin. Jamaluddin mentafsir bahawa ada rancangan jahat dari pihak-pihak tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah, dan Rasulullah tidak menyenanginya. Jamaluddin memberikan cadangan supaya baginda pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana baginda dapat berdoa di makam Rasulullah SAW untuk memohon petunjuk kepada Allah di sisi kubur kekasih Nya. Mudah-mudahan tersingkap segala rahsia mimpi itu.
Baginda pon berangkat ke kota Madinah bersama-sama dengan menterinya Jamaluddin dan pegawai-pegawai lain. Sepanjang perjalanan, baginda disambut dengan begitu mesra oleh rakyat jelata yang menyayanginya. Namun, disebalik senyumannya itu ada perasaan risau dan ngeri yang menghantui fikiran baginda. Tidak sesaat pon wajah Rasulullah SAW dan 2 orang lelaki itu hilang dari pandangan baginda.
Setibanya di kota Rasulullah SAW, mereka mandi dan bersuci kemudian masuk ke masjid Quba' dan menunaikan solat tahiyyatul masjid sebagai tanda menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah SAW sendiri. Kemudian, mereka menuju ke taman Raudhah di mana jasad Rasulullah SAW disemadikan. Lalu, baginda menadah tangan setinggi-tinggi dan memohan petunjuk kepada Allah SWT. Detikkan hati Sultan Nuruddin yang begitu khusyuk berdoa telah mengalirkan air matanya tanpa disedari.
Datanglah petunjuk dari Allah SWT. Baginda segera memanggil gabenor Madinah dan memerintahkan supaya semua penduduk Madinah dikumpulkan tanpa seorang pon dikecualikan kerana baginda ingin bersalaman dan berjumpa dengan semua penduduk. Setelah berita disebarkan, orang ramai bersama seisi keluarga segera ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira kerana dapat bertemu dengan Raja. Baik lelaki, wanita, kanak-kanak dan mereka yang tua di usung dan seorang pon tidak tertinggal.
Setelah semua berada di dalam dewan tersebut, baginda memandang kepada rakyat sebagai tanda penghormatan. Mata Sultan Nuruddin tetap mencari-cari wajah kedua lelaki yang muncul dalam mimpinya itu. Wajah kedua lelaki itu semakin mencabar dihadapannya. Baginda tidak berpuas hati kerana tidak menemukan wajah kedua lelaki tersebut.
Baginda menyuruh gabenor Madinah menyiasat sekali lagi jika masih ada rakyat yang belum datang. kemudian seorang pegawai berkata, "betul tuanku, hamba ingat masih ada dua orang kenamaan yang belum datang. Mereka berdua adalah ahli tasawuf dan ahli hikmat. Sangat warak dan banyak ibadahnya. Sesiapa yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah. Kedua mereka adalah dermawan dan banyak membantu fakir miskin".
Baginda tertarik dengan huraian pegawai tersebut dan ingin sekali bertemu dengan mereka. Tidak lama kemudian dua orang mereka pon datang dan berjalan dengan tunduk dan tawaduk sementara mulut tidak henti-henti berzikir. Apabila mereka berdiri dihadapan Sultan Nuruddin, Sultan Nuruddin terkejut dan berkata dalam hatinya, "Demi Allah! Orang inilah yang datang ke dalam mimpiku." Baginda yakin 100% kali ini baginda tidak bermimpi. Tetapi baginda merasa hairan kerana tiada apa yang meragukan tentang mereka berdua.
Setelah dari itu, Sultan Nuruddin memberitahu kepada Jamaluddin tentang 2 orang jemputan terakhir itu. Jamaluddin berkata, "Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkkan baik, segalanya mengikut Rasulullah SAW belum tentu hatinya baik. Boleh jadi ia berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya, padahal dia adalah musuh yang jahat." Raja Nuruddin teringat firman Allah di dalam Al-Quran,
"Dan di antara manusia ada yang ucapannya tentang kehidupan dunia sangat menarik perhatianmu, dan persaksikan Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia sebenarnya adalah musuh yang jahat."
Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengatur rancangan untuk membongkar rahsia dua lelaki tersebut. Kedua lelaki tersebut diundang sebagai tetamu kehormat ke rumah terbuka Raja Nuruddin dan gabenor Madinah yang bertanggungjawab menjayakan majlis itu.
Raja Nuruddin, Jamaluddin dan beberapa pengawal pergi ke rumah orang alim itu. Mereka memeriksa seluruh isi rumah tetapi tidak ada satu pon yang mencurigakan sebaliknya banyak ayat-ayat Al-Quran digantung didinding dan juga hadis nabi. Di dalam almari terdapat banyak kitab-kitab seolah-olah menggambarkan pewaris nabi SAW.
Setelah berpuas hati, baginda mengambil keputusan untuk keluar. Tiba-tiba terdetik hati baginda ingin melihat sebuah permaidani yang sangat indah. Baginda membelek-belek permaidani tersebut dan menjumpai papan di bawah permaidani itu. Baginda mengangkat papan itu perlahan-lahan. Ternyata di bawah papan itu ada sebuah terowong. Raja Nuruddin meneliti arah tuju terowong tersebut. Beliau terkejut kerana terowong ini menuju ke kubur Rasulullah SAW! Dan terowong itu memang sudah hampir benar pada jasad Rasulullah. MashaAllah!
Sebenarnya mereka berdua ialah ejen Yahudi yang diberi upah yang sangat lumayan untuk tujuan mencuri jasad Rasulullah SAW. Motifnya, apabila jasad Rasulullah SAW berada di tangan Yahudi, mereka dengan mudah dapat merendahkan martabat kekasih Allah seterusnya menghina umat Islam. Kedua-dua mereka dibawa ke muka pengadilan dan dihukum seadil-adilnya.
Oleh itu, Raja Nuruddin memerintahkan supaya keempat-empat penjuru sekeliling kubur Rasulullah dipagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah dan kita dapat melihat tanda itu sehingga ke hari ini. Baginda sujud syukur kerana tugas yang diberikan oleh Rasulullah SAW telah berjaya diselesaikannya berkat hidayah dan pertolongan Nya. Sebelum berlepas dari Madinah sekali lagi baginda bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Kali ini Rasulullah SAW merangkul dan memeluk leher baginda.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku....
Dendam Yahudi tidak akan berakhir selagi tujuan untuk menghancurkan Islam belum berjaya. Semoga Allah memelihara kita semua dari taktik kotor kaum Yahudi terhadap Islam.