Lebih setahun blog ni tak di update. Bukan tiada masa utuk update. Kalau diusahakan pasti ada sedikit masa diluangkan untuk bercoret-coretan di sini. Tapi bukan minat kepada menulis dan mengarang. Terasa berat setiap kali rasa nak
Saat menulis, title pon belum ada. Hari ini tiba-tiba rindu untuk menulis
Semua orang pasti ada masalah. Besar kecil masalah bukan dinilai pada masalah itu semata. Tapi juga bergantung kepada berapa besarnya hati menadah, menerima, menelan masalah itu. Ada kawan bertanya, "Awak tak pernah menangis ke? tak pernah rasa nak menangis ke?". Ada juga yang pernah cakap, "Awak ni macam tak ada masalah". Aku hanya mampu memberi senyuman. Tidak logik jika aku tiada masalah. Allah pasti beri masalah kepada hambaNya untuk mengujinya. Saat menulis, terasa hampir menitis juga air mata ini
Subhanallah. Air mataku kerap kali tumpah. Tetapi mereka tidak tahu. Aku tak mahu merasakan diri ini lemah. Bukan bermakna yang menumpahkan air mata di depan seseorang menunjukkan kelemahan, itu mungkin dapat menenangkan hatinya untuk menjadi semakin kuat. Mungkin juga aku tidak pernah berkongsi dengan sesiapa yang menyebabkan aku menitiskan air mata hampir setiap malam
Subhanallah. Ada ketikanya dalam hati sedang menangis, tapi bibir mengukirkan senyuman. Kadang kala memaksa diri untuk ketawa bersama-sama rakan yang lain. Betapa keringnya tekak ini pada saat itu menahan linangan air mata daripada tertumpah. Adakalanya merasakan, aku tidak layak untuk sesiapa. Terlalu banyak kekurangan diri. Sangat-sangat kerdil ku rasakan diri berbanding orang lain. Terasa tak layak diri untuk berkawan dengan orang lain. Mahu hidup dalam dunia sendiri.
Subhanallah. sesungguhnya Allah amat menyayangi hamba-hambaNya. Percayalah, walau terasa berat bebanan ujian dari Allah, selagi masih berpegang pada rukun Iman dan Islam, Dia akan memberi petunjuk dan ketenangan dalam menghadapi duri-duri yang sengaja Allah ciptakan. Begitulah dunia. Sengaja Allah ciptakan dunia, untuk menguji siapa yang percaya dengan kehidupan abadi di akhirat atau siapa yang kufur.
Setiap kali terasa ingin tersungkur ke lembah, setiap kali itu Allah datangkan seseorang untuk menarik semula tanganku naik ke atas tebing. Aku bersyukur. Kerana itu tandanya Allah masih menyayangiku. Aku hargai ukhuwah dan persahabatan kerana Allah. Saling mengingatkan antara satu sama lain. Lembaran hitam bertukar warna warni. Subhanallah, aku mencintainya, aku menyayanginya, dari ufuk timur hingga ke barat... dia selalu di hatiku... Oh Tuhan, Kau Maha Tahu, cintaku padanya tak pernah ragu... pimpinkan dirinya bersamaku untuk ke syurgaMu... Ameen
#beranitulisentrynisebabtakramaifollower =P